Salam 1 Malaysia dan salam sejahtera kepada pengunjung portal ini. Saya selaku guru pemulihan Sk Nanga Antaroh berbesar hati ingin berkongsi dengan anda semua tentang program pemulihan di sekolah saya. Kelas Pemulihan ini telah ditubuhkan pada tahun 2007 dan guru Pemulihan pertama pada masa itu ialah Pn Adeline Dewy Ngalang. Kemudian nama kelas pemulihan telah di tukar nama kepada Kamar Harapan SeReNA pada tahun 2008.Saya mula mengambil alih Kamar Harapan SeReNA ini pada 16 Jun 2010.
Untuk pengetahuan semua, sebarang maklumat yang berkaitan dengan kelas Pemulihan anda boleh lihat dalam Portal ini. Pada awal tahun ini murid pemulihan seramai 12 orang yang terdiri dari kelas tahun 2 sampai kelas tahun 4. Selepas menjalani pelbagai ujian saringan dan ujian pelepasan seramai 5 orang murid pemulihan telah berjaya dipulihkan dan telah mengikuti P&P kelas biasa.
Harapan saya semoga Kamar Harapan SeReNA ini akan terus berkembang dan dapat mencapai objektifnya tersendiri iaitu melahirkan murid yang celik 3M. Kerjasama dan sokongan yang padu dari semua guru dan staf amatlah saya hargai dan perlukan. Bersama-samalah kita membanteras masalah 3M di sekolah ini. Akhir sekali dari saya semoga misi dan visi Kamar Harapan SeReNA ini tercapai dan terlaksana.
LATAR BELAKANG KAMAR HARAPAN SK NANGA ANTAROH, KAPIT.
Kelas Pemulihan Khas mula dibuka pada bulan Mei 2007 di Sekolah Kebangsaan Nanga Antaroh yang merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM) dengan menempatkan seorang guru sandaran tidak terlatih yang juga telah ditawarkan mengikuti kursus dalam cuti (KDC-KPLI) dalam pengkhususan pemulihan di Institut Perguruan Sarawak, Miri bagi memegang jawatan sebagai Guru Pemulihan Khas.
Pada mulanya kelas Pemulihan Khas ditempatkan di bawah asrama. Ruang biliknya luas. Akan tetapi disebabkan faktor terlalu jauh, maka kelas pemulihan kemudiannya dipindahkan ke sebuah bilik dalam bangunan using yang bakal dirobohkan. Dan kini, kelas pemulihan telah siap dibaik pulih pada hujung tahun 2008 dan telah digunakan hingga sekarang.
Guru Pemulihan Khas telah bertungkus lumus untuk mengemas dan menyusun bilik kelas batu dengan bantuan para guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid kelas tahun enam 2008. Dari masa ke semasa guru pemulihan telah cuba belajar untuk mengurus dan mengajar murid dalam kelas pemulihan dengan menggunakan buku panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan Pertama). Bagi meransang dan membina keyakinan murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan serta mengindahkan lagi namanya untuk disebut, maka kelas pemulihan khas SK Nanga Antaroh dikenali sebagai Kamar Harapan.
Kerjasama daripada semua pihak, guru dan para ibu bapa bagi menangani masalah dalam menguasai 3M amatlah penting. Ianya dapat membantu murid-murid yang telah terpilih bagi mengikuti kelas pemulihan ini agar dapat dan berjaya dipulihkan dan kemudiannya kembali mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas seperti biasa.
Melalui Visi dan Misi Kamar Harapan diharap akan dapat merealisasikan matlamat dan objektif Pendidikan Pemulihan secara keseluruhan sekaligus mampu mendukung Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
VISI KAMAR HARAPAN
MEMBACA
MISI KAMAR HARAPAN
Melahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari, berdisplin
dan dapat melalui arus perdana dengan baik dan ceria.

- Boleh membaca secara inferen dan literal.
- Dapat melahirkan idea melalui penulisan
- Dapat mempraktikan kemahiran mengira dalam kehidupan seharian.
- Berminat untuk mendalami ilmu dan akhirnya berjaya dengan cemerlang.
MISI KAMAR HARAPAN
Melahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari, berdisplin
dan dapat melalui arus perdana dengan baik dan ceria.
Murid-murid Kamar harapan..... Murid-murid Kamar Harapan Sk Nanga Antaroh terdiri daripada Tahun 2 hingga tahun 4. Pada tahun 2011 seramai 12 orang murid Kamar Harapan. Selepas melalui ujian pelepasan seramai 5 orang telah keluar dari kelas Kamar harapan dan kembali mengikuti P&P kelas biasa. Sekarang murid Kamar Harapan SK Nanga Antaroh seramai 8 orang. Harapan saya sebagai guru pemulihan semoga 8 orang murid ini berjaya dipulihkan.. MAKLUMAT GURU
NAMA PENUH : BIJA ANAK EMPANG TEMPAT ASAL : KAPIT, SARAWAK. TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SK NANGA ANTAROH : 24 JUN 2010 KELULUSAN AKADEMIK TERTINGGI : SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA (2003-2006) KELULUSAN IKHTISAS : DPM (KPLI-KDC/PEMULIHAN) GRED JAWATAN : DG41 (PPPS) MULA BERKHIDMAT : MEI 2007 EMAIL : [email protected] |
|