SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Nanga Antaroh yang dikategorikan dalam sekolah jenis A telah ditubuhkan pada 1 Januari 1967. Kebanyakkan murid sekolah ini terdiri dari suku kaum Iban. Laluan utama untuk menghubungi sekolah ini suatu masa dulu adalah melalui sungai. Maka, kakitangan sekolah mahupun pegawai dari pejabat yang ingin ke sekolah ini perlu mengharungi sungai Su’ut berjam-jam lamanya. Namun demikian, kemajuan Negara telah mendekatkan jarak hubungan sekolah ini dengan dunia luar, apabila sebatang jalan raya(belum ditar) kerajaan yang sepanjang 26 kilometer. Sekolah ini kini, telah menempatkan sebuah bangunan Prasekolah, satu blok kelas yang terdiri daripada 6 buah kelas, pusat sumber sekolah, bilik alatan sukan, bilik SPBT, makmal sains, satu blok pentadbiran, satu blok pemulihan & makmal computer, satu blok asrama yang terdiri daripada asrama lelaki, asrama perempuan, bilik tayangan, bilik KH, juga terdapat 12 unit kuartes guru. Sekolah turut mendapat pelbagai kemudahan antaranya janakuasa yang telah dibekalkan oleh kerajaan pada tahun 2007 telah beroperasi selama 24-jam tanpa henti. Juga sekolah dibekalkan dengan sebuah “tube well” pada tahun 2003 melalui projek khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun begitu sekolah turut memiliki sendiri punca bekalan air iaitu dari pancur gravity selain dari tadahan air hujan. Sekolah ini yang terdiri daripada 21 kakitangan yang dikemudikan oleh seorang Guru Besar, 3 orang Penolong Kanan, 7 orang Guru Akademik, seorang Guru Pemulihan, seorang Guru Prasekolah, 3 orang Pembantu Pengurusan Murid, seorang Pengurusan Murid Pra, seorang Penyelia Asrama, seorang Pembantu Tadbir Rendah, 2 orang Pembantu Am Pejabat dan seramai 100 orang murid Asrama. |