MINGGU PROGRAM ORIENTASI DAN TRANSISI MURID TAHUN 1 2012
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 2012
WAKTU PETANG MENCARI TEKUYUNG,
TEKUYUNG DI CARI DI SUNGAI SUT,
GURU OH GURU AJAR DAN BIMBING,
AGAR KAMI MENDAPAT ILMU BERMANFAAT....
SETIAP PAGI BERJALAN KAKI,
BERJALAN KAKI MELALUI DENAI,
GURU MENGAJAR ILMU DI SAMPAI,
MUDAH-MUDAHAN IMPIANMU TERCAPAI..
PELAJAR TAHUN 1 2012
SK. NANGA ANTAROH, KAPIT SARAWAK
LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG SK NANGA ANTAROH TAHUN 2012
1. LATAR BELAKANG ( MAKLUMAT )
1.1 Nama Sekolah : SK.NANGA ANTAROH, 96800 KAPIT.
1.2 No. Tel sekolah : -
1.3 Jenis Sekolah : SK ( / ) SJK ( )
1.4 Jumlah Murid Tahun 1 : 24 Orang
1.5 Bilangan Guru Tahun 1 : 6 Orang
1.6 Bilangan Guru Tahun 1 yang pernah menghadiri Kursus Pemantapan Program Transisi Dan Guru Penyayang ( PTGP ): Puan Christina Chundang Ak Tubah.
2. KEKUATAN PELAKSANAAN PROGRAM
2.1 ASPEK PENGURUSAN
Program Transisi dan Guru Penyayang ( PTGP ) Tahun 1 telah diadakan selama tiga minggu berturut. Bermula pada 04 Januari hingga 20 Januari 2012. Program Transisi ini telah berjalan dengan lancar kerana adanya komitmen dan kerjasama dari semua pihak baik dari pihak pentadbir, guru-guru dan juga anggota kumpulan sokongan. Segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2.2 Aspek Kesediaan Guru Tahun 1
Tahun 2012 merupakan tahun kedua Kurikulum Standard Sekolah Rendah digunakan. Secara keseluruhannya, semua guru-guru yang mengajar Tahun Satu telah didedahkan dengan kurikulum baru ini baik yang telah menghadiri sendiri Kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah mahupun melalui pendedahan yang telah dijalankan di peringkat sekolah. Memandangkan sekolah menghadapi masalah kekurangan guru maka, pihak sekolah meminta jasa baik kakitangan Pembantu Pengurusan Murid untuk membantu dalam memantau murid.
Bahasa Malaysia : Puan Christina Chundang Anak Tubah
Bahasa Inggeris : Cik Ruziah Binti Ibrahim
Matematik : Encik Vikram Anak Rampai
Dunia Sains dan Teknologi : Puan Nilawati Binti Omar
Dunia Seni Visual : Puan Bija Anak Empang
Bahasa Iban : Puan Mias Anak Geraji
Dunia Muzik : Puan Nilawati Binti Omar
Pendidikan Moral : Cik Ruziah Binti Ibrahim
2.3 Aspek Kesediaan Murid:
Semua murid yang masuk ke Tahun Satu bagi sesi 2012 telah bersedia untuk mendapat pendidikan secara formal kerana mereka semua telah mendapat pendidikan di peringkat prasekolah sebelum ini. Oleh demikian, murid-murid ini mudah menerima dan memahami segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program transisi dan tidak ada seorang pun murid meragam atau dijaga oleh ibu bapa mereka sepanjang sesi persekolahan berlangsung. Mereka juga memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada guru-guru yang mengajar.
2.4 Keadaan Fizikal Sekolah
Kelas Tahun Satu terletak berdekatan dengan bilik guru. Ini memudahkan segala aktiviti murid dipantau dan keselamatan mereka terjaga. Bilik kelas Tahun Satu ini merupakan bilik yang telah diubahsuai dan telah digunakan oleh pelajar tahun lalu. Meja dan kerusi juga mencukupi untuk menampung jumlah pelajar.
3. KELEMAHAN / ISU / MASALAH PELAKSANAAN PROGRAM
Sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang ini dijalankan tidak ada sebarang masalah yang timbul kerana semua pihak telah berkerjasama. Baik di pihak pentadbir dan guru-guru saling berbincang dari masa ke semasa untuk memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Malah ibu bapa murid turut memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah dengan menghantar anak mereka tepat pada waktu persekolahan. Oleh itu, setiap perancangan yang telah diatur telah pihak sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
4. CADANGAN
Program Transisi dan Guru Penyayang ini patut diteruskan kerana program ini dapat membantu murid menyesuaikan diri dengan alam persekolahan formal dan mengetahui sedikit sebanyak topik pelajaran yang akan diajar. Bagi pihak guru pula, melalui program ini dapat mengenal pasti tahap atau aras setiap murid bagi membolehkan guru merancang cara pengajaran dan membantu murid yang bermasalah dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan seperti rakan-rakan mereka yang lain.
5. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, sepanjang Program Transisi dan Guru Penyayang yang berlangsung selama tiga minggu tidak ada sebarang masalah yang dihadapi oleh pihak guru mahupun murid-murid. Kejayaan perlaksanaan program ini kerana ada kerjasama dari pihak ibu bapa murid-murid dan memberi kepercayaan sepenuhnya kepada guru-guru untuk membimbing anak-anak mereka menyesuaikan diri dengan alam persekolahan. Program Transisi ini juga banyak membantu murid-murid untuk mengetahui keadaan sekitar sekolah, suasana pembelajaran dalam kelas, aktiviti fizikal iaitu sukan dan yang paling penting sikap kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Majlis Penutupan Minggu Orientasi turut diadakan di Dewan Makan Sekolah dengan menjemput para ibu bapa murid, semua murid, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah. Pada majlis ini juga, semua murid Tahun Satu diberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Di majlis ini juga, pihak sekolah berbesar hati meraikan sambutan hari jadi dua orang murid Tahun Satu iaitu adik Para Benjamin dan Simex Mapong. Selaku guru kelas Tahun Satu, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Transisi dan Guru Penyayang 2012 sama ada yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung.
“ MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA ”
Laporan disediakan oleh: Disahkan Oleh,
____________________________ _____________________________
( Cik Ruziah Binti Ibrahim ) ( Encik Malang Anak Biat )
Guru Kelas Tahun Satu, Guru Besar,
SK. Nanga Antaroh, SK. Nanga Antaroh,
2012. 2012.